FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM
Untuk melahirkan
murid-murid yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta pembudayaan
kegigihan, ketahanan mental serta fizikal,
Kemuliaan rohani dan
penghayatan nilai-nilai murni adalah berterusan demi melahirkan ahli-ahli
masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan Negara.
VISI
Sekolah Kebangsaan Jaya
Baru menjadi sekolah berkesan menjelang
2017.
Misi
Memastikan penglibatan dan
pencapaian cemerlang murid dalam aktiviti kokurikulum
1.0 PENDAHULUAN
Sekolah
Kebangsaan Jaya Baru merupakan sebuah sekolah Kebangsaan Kurang murid yang
bertanggungjawab bukan hanya semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akdemik
anak-anak didiknya, tetapi juga memupuk dan
menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang.
Adalah
menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insane yang seimbang dengan melatih
mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan
kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang
menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi dikalangan murid,
membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif, dan afektif.
Penolong
kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada pengetua untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan melalui pemantapan pengurusan kokurikulum. Bidang
tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan
kelab, serta unit badan beruniform .
2.0 MATLAMAT
Aktiviti
kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Jaya Baru adalah dengan matlamat untuk:
2.1 Mengadakan satu system Pendidikan
menyeluruh (all rounded ) dengan tujuan melahirkan insan yang beriman, beradab,
taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih, di samping mempunyai
cirri-ciri intelek, berdikari dan
berimaginatif.
2.2 Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran
pelajar dalam aktiviti yang diceburi.
2.3 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di
kalangan murid.
2.4 Mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang bermakna dan berfaedah.
3.0 OBJEKTIF
Sejajar
dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Jaya Baru adalah bertujuan untuk :
3.1 Membentuk
sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta
tanggungjawab kepada diri, sekolah, masyarakat, dan Negara.
3.2 Untuk
meningkatkan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap
positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara.
3.3 Meningkatkan
kesimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani, minat
dan bakat murid ke arah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah
Pendidikan Negara, Pengisian wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.
3.4 Mengukuhkan
interaksi dan integrasi di kalangan murid untuk meningkatkan suasana sekolah
yang lebih menarik dan mengembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang
unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
3.5 Meningkatkan
penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara murid dengan murid, murid
dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.
4.0 PEMANTAUAN
4.1 Pemantauan
aktiviti kokurikulum adalah dilakukan dengan bantuan Penyelaras Unit
Beruniform, Penyelaras Kelab & Persatuan, dan Penyelaras Sukan &
Permainan.
4.2 Pemantauan
yang dibuat antara lain merangkumi aspek :
4.2.1 Kehadiran/ Keahlian
4.2.2 Penyertaan/ Penglibatan
4.2.3 Kemudahan dan Peralatan
4.2.4 Perjalanan Aktiviti Kokurikulum
4.2.5 Kewangan
4.2.6 Matlamat / Objektif
4.2.7 Perlembagaan / Peraturan
4.2.8 Disiplin dan Keselamatan
4.2.9 Tenaga Luar