Pengumuman

Sukan Sukan Tahunan SK Jaya Baru Keningau

Tarikh : 22 Mei 2013 - Acara Padang

Tarikh : 23 Mei 2013 - Acara Balapan Dan Perasmian

Semua Ibubapa dan Masyarakat setempat dijemput hadir beramai ramai

_____________________________________________________________


SAPS

SAPS

Pengisian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 telahpun dibuka

Harap Maklum

Maklumat Lanjut

_____________________________________________________________


hari guru

Hari Guru SK Jaya Baru 2013

Tarikh: 20 Mei 2013 (Isnin)

Anjuran : Murid- murid Tahun 6

Tempat: SK Jaya Baru Keningau

_____________________________________________________________


Peperiksaan

UPSR 2013

10 - 12 September 2013

Anda Sudah Bersedia??!!

Tips Peperiksaan

Monday, 29 April 2013

Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN
SK JAYA BARU KENINGAU


KAMI WARGA SK JAYA BARU KENINGAU
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1.  Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2.    Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan.
3.     Mengurus perkara-perkara berkaitan pejawatan dan perkhidmatan personel  dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
4.   Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosidur yang ditetapkan.
8.  Memastikan pelanggan  sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan yang mesra.
9.  Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.
10. Menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam tempoh 7  hari bekerja dari tarikh penerimaan.
11. Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

Bahawa kami warga SK Jaya Baru  berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

MURID :
           Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
           Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
           Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
           Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan / permainan.
           Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa.


KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH :

     Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
     Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.

IBUBAPA  / WARIS :

           Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
           Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
           Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
KEMENTERIAN PELAJARAN:

           Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian  087 – 391093 atau 087-391093 ( Faks ) atau hubungi emel : redzuan_71@yahoo.com / mohdredzuan71@gmail.com
  Skjayabaru83@yahoo.com   



IKRAR GURU - GURU
SK JAYA BARU KENINGAU


Sesungguhnya Kami Guru-guru
Berjanji Dan Berikrar Akan Melaksanakan
Tugas Dengan Semangat Dedikasi
Bertanggungjawab, Dan Penuh Komitmen
Terhadap Tugas Yang Diamanahkan.

Kami Berjanji Dan Berikrar,
Akan Menampilkan Imej-Imej
Profesional Seperti Berikut:
Ikhlas, Kemas, Berdisiplin, Bersatu Hati,
Mempunyai Akauntabiliti Yang Tinggi,
Dan Akur Kepada Arahan.

Kami Berjanji Dan Berikrar
Tidak Akan Mensia-siakan
Tanggungjawab Ini Demi Meningkatkan Pendidikan Negara
Dan Memperkasakan
Pendidikan Serta Mengangkat Martabat
Guru-Guru Pendidikan
Ke Arah Lebih Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.




*********

0 comments: