Pengumuman

Sukan Sukan Tahunan SK Jaya Baru Keningau

Tarikh : 22 Mei 2013 - Acara Padang

Tarikh : 23 Mei 2013 - Acara Balapan Dan Perasmian

Semua Ibubapa dan Masyarakat setempat dijemput hadir beramai ramai

_____________________________________________________________


SAPS

SAPS

Pengisian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 telahpun dibuka

Harap Maklum

Maklumat Lanjut

_____________________________________________________________


hari guru

Hari Guru SK Jaya Baru 2013

Tarikh: 20 Mei 2013 (Isnin)

Anjuran : Murid- murid Tahun 6

Tempat: SK Jaya Baru Keningau

_____________________________________________________________


Peperiksaan

UPSR 2013

10 - 12 September 2013

Anda Sudah Bersedia??!!

Tips Peperiksaan

Monday, 29 April 2013

Visi Dan Misi



VISI
SK JAYA BARU KENINGAU

PENDIDIKAN  BERKUALITI, TERBILANG,
GEMILANG, MENYELURUH DENGAN PENGUASAAN 2M
SECARA MINIMUM SERTA MENINGKATKAN PENCAPAIAN
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH DALAM PERINGKAT ZON
SETERUSNYA DALAM DAERAH


MISI
SK JAYA BARU KENINGAU

Melaksanakan sistem pendidikan
dengan  berkesan bagi memperkembang
 potensi individu ke arah melahirkan insan
 yang berketrampilan, seimbang dan cemerlang
untuk memenuhi kehendak
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan




OBJEKTIF
SK JAYA BARU KENINGAU

Bagi memastikan visi dan misi SKJB tercapai berikut ialah objektifnya iaitu;

1.     Melaksanakan pendidikan wajib dan menyediakan peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak;

2.     Membangunkan potensi pelajar-pelajar serta membimbing mereka menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah;

3.    Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan  oleh pelajar;

4.    Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah  dilengkapkan mengikut keperluan;

5.    Menguruskan penempatan guru, pegawai dan kakitangan sokongan mengikut keperluan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri;

6.    Menguruskan pengisian  jawatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Bidang  di sekolah-sekolah;

7.    Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang lengkap dan terkini;

8.    Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan dengan berkesan;
 9.    Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan;

10.  Memastikan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan sukan di sekolahserta dilaksanakan dengan berkesan;

11.   Memastikan institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta diuruskan dengan cekap mengikut Akta Pendidikan;

12.   Memastikan  pentaksiran berasaskan sekolah dan berpusat dilaksanakan  dengan cekap, lancar dan selamat;

13.   Memastikan peruntukan kewangan  yang diperoleh daripada pelbagai sumber  dimanfaatkan sepenuhnya mengikut prosidur yang ditetapkan;

14.   Mengadakan permuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan pendidikan Zon Bingkor Khasnya dan di Daerah Keningau seterusnya ke peringkat Negeri Sabah.