Sabah Credit terus Sumbang kepada Pendidikan
SK Jaya Baru Keningau
24 April 2013 - SK Jaya Baru Keningau telah mendapat sumbangan berupa Bangunan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMT) oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (Sabah Credit). Majlis Perasmian dan Penyerahan Bangunan tersebut telah dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk Vincent Pung. Wakil beliau berkata, "Sumbangan ini adalah hasil program PRIDE Inspirasi 2011 - 2013 Perbadanan Pinjaman Sabah dibawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" semasa ucapan ringkas beliau pada majlis tersebut.
Guru Besar SK Jaya Baru membawa warga sekolah khasnya murid-murid bersyukur dengan sumbangan ini kerana sebelum ini, murid-murid hanya makan di kaki lima kelas dan kantin. Bangunan yang dibina cukup kukuh dan selesa untuk murid khasnya boleh menempatkan kira-kira 100 - 150 orang murid pada satu-satu masa. Bangunan ini bukan sahaja digunakan untuk makan, malahan guru-guru juga menggunakannya untuk Pembelajaran & Pengajaran.